Saturday, March 13, 2010

Sejarah Daro dan Pemimpinnya (1)



HARI pertama bulan April adalah dirakamkan sebagai “HARI DARO”. Ramai penduduk tempatan telah terlupa dengan hari tersebut. 1 April 2002 genaplah 29 tahun pekan daro diisytihar sebagai daerah penuh, dah melimpasi Jubli Perak. Tapi sayang di akhir-akhir ini tidak pernah diraikan.




1 April 1974 ialah hari bersejarah bagi setiap penduduk Daerah Daro dan pada hari itulah Daro tercatat menjadi sebuah daerah penuh di bawah tadbiran Bahagian Sarikei. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang ke-3 ( Tun Abdul Rahman Yakub).

Ramai di antara generasi masa kini, terutama sekali orang luar tertanya-tanya mengenai asal usul Daro. Memandangkan daripada kemajuan Daerah Daro kini dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunannya yang begitu pesat sekali maka tidak hairanlah kalau ramai yang ingin tahu mengenai Daro.

Buat menjelaskan kesangsian orang ramai terhadap daerah ini, maka disini saya (penulis) cuba ceritakan sedikit sebanyak kisah Daro, mengikut kadar sejauh mana yang diketahui berpandukan temuramah dengan orang yang terdahulu.

Menurut sumber daripada cerita mulut orang tua-tua bahawa nama Daro ini adalah bersempena daripada sebuah danau yang ditemui oleh pemburu di zaman dahulu.

Mengikut dialek bangsa Melanau bahawa perkataan danau itu bermaksud daru’. Terjemahan daripada perkataan danau mengisahkan nama tempat ini dipanggil Daru’. Jadi orang dahulu menyebut DARU’ sebagai nama asal tempat ini, bukan Daro.

Tidak jauh dari hulu sungai Daro terdapat suatu kawasan tanah lapang dan di situ lah lokasi sebuah danau yang mewujudkan nama Daro.Dan Danau itu berbentuk luas serta dalam.Air yang bertakung di dalamnya sangat jernih.




Kisah seterusnya apabila air di dalam danau itu tadi melimpah penuh dan didapati airnya meleleh keluar serta menghala ke arah yang tertentu.Si pemburu siapa yang menemui danau itu tadi telah memerhati ke mana arah air itu berlelehan dan terus disusulinya hinggalah sampai ke sebatang sungai,iaitu sungai Daro sekarang.Alusan air daripada danau yang menghala ke sungai Daro itu kini di panggil Parit Tebu.

Dan cerita nama Daro belum pasti lagi.Adalah satu-satunya sebab terbentuk nama satu-satu tempat yang termaktub itu timbul daripada peristiwa yang berlaku di kawasan setempat.Contohnya perkataan Daru jadi Daro,ada kisah nya sendiri.

Maka tersebutlah satu cerita bagaimana nama Daro boleh muncul dan sekarang terkenal sebagai Daerah Daro.Suatu masa dahulu,Daro bermula dengan sebuah kampung yang kecil.Mereka mula-mula tinggal di satu kawasan yang bernama Tanjung Tigah,iaitu di zaman kesultanan Brunei yang diketuai oleh seorang yang temasyhur bergelar Panglima Laun bin Ajak.Beliau adalah pemimpin Daro yang pertama.(Di hujung sebelah hulu Tanjung Tigah sehinga hari ini masih terdapat serumpun Pokok Nipah(apong) yang berlainan daripada daun pokok nipah biasa.Daun-daunnya yang lurus ke atas hampir sama dengan daun pokok mulong. Tanjung Tigah adalah sempena dengan nipah yang berdaun lurus(Tigah),selain daripada bentuk sungai di situ lurus sepanjang kira-kira lebih kurang dua kilometer).

Setelah beberapa lama mereka tinggal di Tanjung Tigah dimana kawasan ini mudah sangat dikesan oleh musuh,kemudian lalu mereka berpindah jauh lagi ke hulu sungai Daro, ke satu kawasan yang mereka anggap lebih selamat, tempat itu sekarang di kenali dengan nama sungei Pangei.

Dilokasi Sungei Pangei ini mereka terpaksa membina rumah-rumah berbentuk seperti rumah panjang serta lebih tinggi sedikit.Tiap-tiap sebuah rumah menggunakan Tangga sebatang kayu,kononnya dengan Tangga seperti ini mudah bagi mereka menentang musuh jika diserang.

Zaman dahulu selalu berlaku musuh-memusuh di antara satu tempat dengan yang lain.Seperti yang dijangka selepas beberapa musim mereka tinggal di sungei pangei datanglah sekumpulan musuh menyerang mereka.Mujurlah dalam peristiwa tersebut mereka telah berjaya menewas musuh dengan mudah.Di sungei pangei ada kisah tersendiri nama dan musuhnya.Ketika keadaan telah aman sedikit ketua mereka telah pun uzur dan tiada lagi pemimpin yang layak boleh diharapkan.Keluarga demi keluarga telah berpindah ketempat lain dari sungei pangei.
Zaman kesultanan Brunei telah berlalu,sebahagian dari negeri Sarawak,di bawah pemerintahan kelurga Brooke.Permusuhan di sana sini telah berkurangan,ada di antara keluarga asal Daerah Daro telah berpecah serta berhijrah di sepanjang sungei Daro hingga ke Tian.Dan ada juga kesekitar kawasan Daro,Seperti kampung Pantrey,kg Tengah,Lemang Pek,ke hilir kg.Nangar ke seberang Kut dan Saei.Ke hulu kg.Teba’ang,Buko dan Kelian.

Ada juga yang tinggal di Sungei Pangei telah berpindah ke hilir Kuala Daro dengan membuka perkampungan baru yang di ketuai Gamong bin Masaleh,beliaulah Tua kg yang kedua selepas Laun.Ramai juga yang datang dari persisiran Daro mendiri rumah di kawasan baru itu dan ada juga dari sebelah Segalang.Kawasan perkampungan baru ini telah di panggil dengan nama”kampong Baru”.Kampung ini lah kampung yang pertama sekali dihuni oleh penduduk Daerah Daro dan ianya masih sebagai Kampung Baru hingga ke hari ini,walaupun usianya mungkin menjangkau lebih ke-abad yang lalu.

Pertengahan abad ke-18 di zaman keluarga Rajah Brooke banyak perubahan telah berlaku.Ada di antaranya satu peristiwa bagaimana perkataan DARU’ menjadi DARO.Ikutilah serangkap syair ini membayangkan;

Daripada danau nama bermula,
Nama Daru’ di ubah eja;
Kepada Daro bertukar kata,
Muncul kisahnya dalam peristiwa.

bersambung.....

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat ttg Daro. Sangat berguna untuk rujukan semua.

    ReplyDelete
  2. Dao informasi sih bak anak generasi uban eh

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu Abbas ..... Tanpa Cikgu Abbas..Tugasan bik lecturer ngh ko lau du xakan siap....Terima kasih idak2...

    ReplyDelete