Monday, March 15, 2010

Sejarah Daro dan Pemimpinnya (2)


sambungan...

Suatu hari datanglah seorang pelawat berbangsa Inggeris,mungkin wakil daripada

kerajaan Rajah Brooke,tiba di kawasan ini serta melihat keadaan di kampong-

kampung.Kemudian sekalin bertanya nama tempat yang dilawatinya itu,Ketua

kampung pada masa itu memberi tahu bahawa nama tempat mereka ialah Daru

dan terus berbual-bual dengan pelawat kulit putih itu.Pelawat tersebut

mengulangi perkataan daru itu tadi dengan menyebut DARO sambil mencatat

nama Daro ke dalam buku rekod hasiannya.Maka daripada saat itulah termaktub

nama Daro itu daripada lidah bangsa dan sebutan asal nama daru itu terus hilang

di telan zaman buat selama-lamanya.

Oleh kerana Kampung Baru hilang popularitinya,maka tiada rumah baru didirikan. Ramai diantara penghuninya berpindah keseberang kampong, di lokasi Kampung Masjid, pasar dan Kampung Panchor sekarang. Ketika itu pasar Daro mungkin dibina pada awal abad ke-19. Pedagang-pedagang bangsa cina yang pertama datang berniaga di Daro pada masa itu.







Setelah Tua Kampung Gameng meninggal maka diganti pula dengan T.K yang baru iaitu Numuk bin Kapil Tua kampung Daro yang ketiga .Banyak rumah baru yang di dirikan dipenempatan semula itu.Bangunan masjid yang mula-mula di kampung Baru juga telah dipindah ke kawasan pasar atau kampung Daro baru,kini di kenali sebagai Kampung Masjid Lama.

Daro telah di pimpin oleh seramai lima orang Tua Kampung menjelang tahun 1935.Ketua-ketua masa dahulu adalah dipilih di kalangan mereka sendiri,siapa yang berpengaruh maka dialah dilantik tanpa tempoh yang tertentu.Begitulah silih berganti pemimpin silam.Selepas tua Kampung Numuk diganti pula dengan Haji Basir Umit sebagai tua Kampung ke empat. Kemudian di ambil alih oleh Hj.Brahim bin Glo Sebagai ketua kampung seterusnya dan perkhidmatan beliau tamat sebelum Jepun lima tahun sebelum perang.

Pada 12 Ogos 1935, adalah dengan rasminya Hj Sulaiman bin Hj Shawal telah dilantik oleh pemerintahan kerajaan Brooke yang terakhir sebagai penghulu Daro yang ke enam,beliau adalah anak jati Daro dilahir pada 8 Oktober 1906.

Diantara tua Kampung yang terdahulu beliau adalah orang yang paling muda dilantik sebagai penghulu.Sepanjang perkhidmatan sebagai ketua beliau telah menempuh beberapa zaman pemerintahan,seperti zaman keluarga Brooke,zaman penaklukan Jepun,Zaman penjajahan British dan akhir sekali ialah di zaman kerajaan yang Di Pertuan Agong Malaysia di bawah lambaian Jalur Gemilang.

Semasa menjalan tugas beliau adalah seorang yang gigih,walaupun tidak sempat belajar di mana-mana sekolah semasa remaja,tapi beliau sangat rajin belajar sendiri dan belajar agama dengan Tokoh-tokoh agama Islam secara pondok ketika itu. Setelah beberapa tahun dalam bertugas serta mendalami ilmu agama,akhirnya beliau telah berjaya menjadi seorang Tokoh Agama yang terkenal di seluruh kawasan daerah Daro termasuk daerah yang berdekatan.

Berkhidmat sebagai tua kampung yang bermula dengan gaji hanya dengan Lima ringgit sebulan.selama 44Tahun sebagai tua kampung.Beliau juga adalah sebagai pengasas sebuah sekolah rendah kira-kira dalam pertengahan tahun 1936 iaitu selepas setahun dilantik sebagai tua kampung.Sekolah tersebut bermula dengan seramai 60 orang murid dan telah diajar oleh seorang anak tempatan sebagai guru pertama di Daro,iaitu cikgu Udin bin Draman.Selepas lebih kurang tiga tahun kemudian sekolah ini ditutup penaklukan kerajaan Jepun.


Diantara tugas-tugas lain pula,pada awal tahun enam puluhan beliau telah dipilih sebagai kaunselor dan pernah dilantik menjadi pengerusi Majlis Daerah Matu Daro. Dalam bidang politik beliau telah mengetuai berkempen dalam pilihanraya.Bagi Adun Matu dan Daro yang pertama kali menggunakan lambang perahu layar (perikatan) ketika itu.


Sebagai pemimpin yang teguh dalam agama beliau sentiasa mengambil berat mengenai kepentingan agama Islam. Dalam tahun 1964,beliau telah bercadang hendak membina masjid baru bagi Daerah Kecil Daro. Niat baik beliau itu disokong oleh seorang tokoh politik tempatan ketika itu iaitu K.A Yahya Abdul Ghani. Dalam mencari sumber kewangan kedua – dua tokoh bertungkus – lumus memohon derma daripada orang ramai dan dibantu oleh penduduk kampung selama lebih kurang tiga tahun. Maka dengan kehendak Allah s.w.t mereka berjaya mendapat pungutan berjumlah dua puluh enam ribu ringgit. Dan meminta bantuan daripada kerajaan pusat serta dilulus sebanyak dua puluh lima ribu ringgit.Dengan wang berjumlah RM 51,000 itu maka sebuah masjid yang berkonkrit telah didirikan ditapak seperti yang ada hari ini. Masjid baru yang bersempena atas nama Perdana Menteri yang pertama itu,iaitu Masjid Tunku Abdul Rahman Daro yang boleh menampung seramai lebih daripada 1000 jemaah.Dan beliau sendiri pernah dipilih sebagai imam satu selama beberapa tahun dalam masjid tersebut.


Memandang sebegitu banyak tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap kerajaan dan jasa-jasa beliau terhadap masyarakat termasuk rakyat setempat serta seluruh penduduk daerah Daro.Maka saya(penulis)bercadang mengikut dengan sejauh mana yang beliau sumbangkan adalah tidak lengkap satu Bintang BBS sahaja,sepatut nya yang telah di anugerahkan kepadanya kira-kira dalam tahun 1970-an yang lalu.

Pada penghujung tahun 1979 beliau telah kembali kerahmatullah meninggalkan seorang balu,beberapa orang anak,cucu-cucu dan cicit-cicitnya buat selama-lamanya.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.selepas kepulangan beliau adalah sukar untuk mencari penggantinya.Penduduk Daro ketika itu seolah-olah seperti anak ayam kehilangan ibu.

Beberapa tahun selepas itu Daro tiada mempunyai penghulu.Segala urusan anak-anak kampung harap menumpang penghulu dari kawasan lain.Sampai bila rakyat boleh bertahan kalau tiada ketua tempat mengadu.Empat tahun kemudian barulah berakhir masalah ketiadaan penghulu bagi daerah Daro.Pada 18 April 1984 telah diumumkan perlantikan seorang penghulu baru oleh pihak kerajaan negeri sebagai penghulu ke-7 bagi daerah Daro,iaitu Awang Hadeni bin Awang Busaie-anak menantu kepada penghulu yang lepas.

Marilah kita mengimbas kembali ke suatu ketika dahulu dan kita bawa bersama generasi sekarang untuk menyingkap semula keadaan daerah Daro pada zaman 30 tahun yang lepas.Golongan tua sekarang sudah pastinya telah merasa pahit maung di masa dahulu.Masalah yang paling ketara sekali ialah kemudahan asas seperti air,api,jalan raya serta pengangkutan.Hendak mendapat air minuman dan untuk memasak terpaksa pergi ke hulu sungai bila hujan tak turun,ada yang menggali telaga untuk mendapat air, masuk hutan nak dapat kayu api dan sanggup berjalan kaki berjam-jam, terutama sekali semasa ibu-ibu bersalin mana kala hendak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain pula terpaksa berkayuh dan berjalan di atas jalan raya yang becak lebih-lebih lagi semasa selepas hujan.Sungguh pilu sekali ialah di suasana pada waktu malam,gelap gelita seperti dalam gua.Di rumah-rumah dalam kampung pula hanya nampak di sana sini cahaya pelita minyak tanah. Begitu secara ringkasnya keadaan Daro hari ini.Bagi orang tua di masa kini menganggap susah senangnya zaman dulu adalah sebagai pengalaman hidup.

Selepas meninjau keadaan Daro pada masa lalu berbanding dengan Daro kini tidak lagi seperti Daro yang lebih 30 tahun yang silam dan daro sekarang membangun dengan pesatnya. Semula kemudahan asasnya jauh lebih baik dan selesa.Dalam apa jua bidangnya Daro sudah jauh lebih maju sama ada dari segi pembangunan mahupun dari segi pertumbuhan penduduknya.

Dalam bidang pelajaran,Daro pula tidak jauh ketinggalan. Sekolah menengah kerajaan telah mulai bertapak sejak awal tahun 1978 lagi.Ramai juga di antara anak Daro telah mencapai hingga ketahap menara gading. Mengenai hasil ekonomi pula, walaupun keadaan pecan dan pasar Daro tidak boleh menawan hati rakyat (masih pasar lama) tapi urusniaga dan pasaran hariannya cukup membanggakan. Pekan Daro sekarang boleh dikategorikan sebagai pasar membeli belah utama dan terulung di antara yang ulung. Dan pekan Daro kini adalah menjadi tumpuan kebanyakan peniaga dan pengguna dari seluruh kawasan daerah Daro dan daerah matu.




Mengenai kemudahan pengangkutan Daro boleh dihubungi dengan mudah dan cepat. Bot ekspres Daro-Sarikei 4 kali ulangalik sehari,Daro-Sibu 5 kali ulangalik dalam sehari . Perkhidmatan bas Igan,Oya dan Mukah sekali sehari. Dan jalan raya pula boleh terus menerus ke kota Raya Kuching, ke Bandar Sri Begawan Brunei dan hingga ke ibu Kota Kinabalu Sabah.

Dalam bidang pertanian Daro juga kini boleh mengeluarkan berjenis-jenis buahan seperti durian, dabai, rambutan,mangga asam dan nenas.Mengenai makanan utama rakyat Malaysia Daro hari ini boleh mengeluar padi beras tempatan berpuluh ribu tan setahun.

Akhir sekali siapa yang ingin nak merasai beras bario Daro datanglah sendiri,disamping ikan terubuk yang paling enak di dunia, Daro juga mempunyai beras tempatan yang tidak kurang lazatnya seperti beras wei,wangi,saga,dan butis.Nak tahu rahsianya mengapa beras Daro jadi pilihan ramai? Sebabnya kebanyakan padi daro ditanam di pinggir-pingir danau.Daro Boleh………..



No comments:

Post a Comment